U.A.E

6D4N KEMBARA DUBAI

Dubai → Sharjah → Abu Dhabi

  Keangunaan Bandar yang Menakjubkan

DAY 1:  AIRPORT → DUBAI → SHARJAH (D)

Berkumplul di KLIA untuk penerbangan ke Dubai. Setibanya di Dubai, kita akan menuju ke bandar Sharjah yang dikenali sebagai ibukota Budaya Dunia Arab dan daftar masuk hotel. Pada sebelah petang, kita berkunjung ke Blue Souk dimana seni bina kompleks ini berasaskan jubin biru dan merupakan tempat yang diminati orang tempatan. 

DAY 2:  SHARJAH → DUBAI  (B/L/D)

Aturcara Sharjah bermula dengan sesi bergambar di Buhaira Corniche disamping menikmati pemandangan waterfront yang indah. Seterusnya kita menuju ke Muzium Tamadun Islam. Muzium ini dibuka pada tahun 2008 serta mempunyai lebih daripada 5,000 artifak dari Tamadun Islam. Koleksi termasuk kaligrafi, ukiran, seramik, syiling, kaca, manuskrip, kerja logam dan instrumen saintifik. Selepas itu, bergambar di Bulatan Quran yang merupakan salah satu simbol ikonik Bandar Sharjah. Selepas makan tengahari, kita menuju ke Dubai dan bergambar di Dubai Frame; bingkai gambar yang terbesar di dunia. Seterusnya, berkunjung ke Leather dan Carpet Factory untuk persembahan fashion show dan membeli belah. 

DAY 3:  DUBAI → ABU DHABI → DUBAI (B)

Bertolak ke Abu Dhabi untuk lawatan ke Kompleks Ferrari World. Di sini kita berpeluang bergambar dengan kereta mewah Ferrari dan berkunjung ke kedai official Ferrari untuk mendapatkan koleksi cenderahati. Seterusnya, kita menziarahi masjid yang terbesar dan terunggul iaitu Masjid Sheikh Zayed. Solat dan mengisi waktu terluang di Plaza Sheikh Zayed. Setelah selesai, kita bergerak pulang ke Dubai dan berkunjung ke Global Village. Global Village merupakan satu pusat tarikan pelbagai budaya yang digemari seluruh dunia.

DAY 4:  DUBAI (B/L/D)

Aturcara hari ini akan fokus kepada bandar Dubai yang model dimana ikon-ikon terunggul dunia dibina di kawasan ini seperti Burj Al Arab di pantai Jumeirah. Dubai Marina, Dubai Walk, The Palm Island dan banyak lagi. Peserta dapat menikmati kemewahan suasana di sini dan berkesempatan melawat Souk Madinat. Kemudian bertolak balik ke hotel untuk acara seterusnya iaitu Desert Safari dimana anda akan dibawa menaiki jeep pacuan empat roda ke padang pasir. Di sini, kita dapat menikmati pemandangan yang cantik, bermain dan bergambar di atas padang pasir dan seterusnya dibawa ke kem untuk bersantai sambil menikmati persembahan Belly Dance.

DAY 5:  DUBAI → KLIA  (B/L)

Mengisi waktu terluang di hotel sehingga waktu check-out. Aturcara terakhir kita ialah mengunjungi Kota Lama Dubai. Disana anda akan mengunjungi Kubu Al-Fahidi, kemudian menaiki Abra untuk melintasi sungai ke Souk Emas, Souk Rempah Ratus dan Souk Naif. Seterusnya kita menuju ke Dubai Mall, kompleks membeli belah yang berprestij di dunia. Di sini kita juga berpeluang bergambar dengan Akuarium Gergasi, Burj Khalifa; bangunan tertinggi di dunia dan Dubai Fountain yang terbesar di dunia. Selesai sudah acara pengembaraan kita berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke tanah air. Semoga semua membawa pulang kenangan terindah dari UAE.  

DAY 6:  KLIA

Ketibaan di KLIA.

 

 

FLIGHT SCHEDULE
D1 EK347 KULDXB 1910-2220 D1 EK345 KULDXB 1015-1320
D5 EK344 DXBKUL 2130-0840 +1 D6 EK346 DXBKUL 0330-1435

Nota: Masa penerbangan tertakluk kepada perubahan sebelum berlepas
     

  Airlines
EMIRATES
  Hotel Accommodation
    

  Hotel Details

1 malam Sharjah (4*): Golden Tulip / 72 Hotel atau setaraf 1. Harga diatas adalah harga seorang dalam Ringgit Malaysia.

3 malam Dubai (4*): Flora Inn / TimeAsma / Coral atau setaraf

  Departure Date

11-05-2024 (Sat)

  Package Pricing

NEW YEAR SALE 2024    JIMAT RM 500
ADULT TWIN

RM 5,148

RM 5,648

ADULT SINGLE

RM 6,148

RM 6,648

CHILD W/BED

RM 4,748

RM 5,248

CHILD NO BED

RM 4,548

RM 5,048

IMPORTANT NOTES

1) Harga diatas adalah harga seorang dalam Ringgit Malaysia.
2) Kanak-kanak Twin Share dengan dewasa adalah bersamaan dengan harga Dewasa.
3) Kanak-kanak adalah berusia 2 - 11 tahun.
4) Minimum 15 penumpang untuk beroperasi setiap perlepasan dan diiringi dengan seorang Ketua Rombongan dari Malaysia.
5) Ulasan rombongan di Dubai adalah berdasarkan bahasa Inggeris. Ketua Rombongan akan menterjemahkan dalam bahasa Melayu.
6) Komisen ejen tertakluk kepada dewasa dan kanak-kanak sahaja.
7) Lanjutan penerbangan dibenarkan dengan surcaj tambahan RM300 (Tertakluk pada ketersediaan tempat duduk dan perbezaan tambang jika ada). Penting: Permintaan lanjutan penerbangan akan disahkan secara automatik jika tiada perbezaan tambang dikenakan.
8) Pindaan nama selepas tiket (14 hari sebelum berlepas) surcaj RM600.

DEPOSIT & TOUR PAYMENTS

Bayaran:

1) Deposit (non-refundable): RM1,000 seorang
2) Bayaran penuh: 45 hari sebelum tarikh berlepas
3) Tempahan kurang dari 45 hari: Bayaran penuh

CANCELLATION

Caj Pembatalan:

1) Lebih dari 45 hari: Deposit akan dilucutkan
2) 31-44 hari: 50% harga tour dilucutkan
3) 15-30 hari: 75% harga tour dilucutkan
4) Kurang dari 15 hari: 100% dilucutkan

we are accredited by