IRAQ
10H7M IRAQ 2025 PERMULAAN TAMADUN
HARI 01 : KUALA LUMPUR (KLIA) 10 FEB 2025 (ISNIN)
Berkumpul di KLIA, pada jam 11:00 malam untuk urusan bagasi, pengeluaran boarding pass serta taklimat.
HARI 02 : KUALA LUMPUR – SHARJAH AIRPORT – BAGHDAD (MT/MM) 11 FEB 2025 (SELASA)
Berlepas ke Sharjah Airport pada jam 2:50 pagi. Tiba di Sharjah Airport pada jam 6:25 pagi. Transit sebentar. Kita akan meneruskan penerbangan ke Baghdad Airport pada jam 9:55 pagi dan tiba pada jam 11:30 pagi. Selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi, kita akan berjumpa dengan tour guide dan dibawa makan tengahari. Kemudian, pada waktu malam kita akan pergi ke Khazimiah Bazaar. Bermalam di Baghdad.
HARI 03 : BAGHDAD FULL DAY TOUR (SP/MT/MM) 12 FEB 2025 (RABU)
Sarapan pagi di hotel. Kita menuju ke Makam Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani beliau merupakan seorang ketua wali pada zamannya yang menyampaikan ajaran Ahli Sunnah. Selepas itu, melawat di Gerbang Ctesiphon adalah sebuah kota purba, terletak di tebing timur Tigris, dan kira-kira 35 kilometer tenggara Baghdad. Ia juga binaan batu bata terbesar di dunia. Ctesiphon berkhidmat sebagai ibu kota kerajaan Empayar Parsi di zaman Parthian dan Sasanian selama lebih dari lapan ratus tahun. Lawatan seterusnya ke kompleks dan Makam Salman Al Farisi. Disitu terdapat kubur sahabat Nabi Salman Al Farisi, Huzaifah Al-Yamani, Abdullah Bin Jabir dan Piut Nabi Syed Tahir Bin Muhamad Bakir Bin Ali Zainal Abidin Bin Saidina Ali. Makan tengahari. Shopping di Baghdad Mall / Babylon Mall. Makan malam dan bermalam di Baghdad.
HARI 04 : BAGHDAD FULL DAY TOUR (SP/MT/MM) 13 FEB 2025 (KHAMIS)
Sarapan pagi di hotel. Kita melawat ke Kubur Shiekh Al Maarof Al-Karhi dan Kubur Siti Zubaidah isteri kepada Khalifah Harun Al-Rashid. Kemudian, kita dibawa melawat ke Maqam Nabi Yusha Bin Nun, Sheikh Bahlul, Sheikh Al-Junaid Al – Baghdadi. Selepas itu, kita ke Masjid dan Makam Imam Abu Hanifa (pengasas mazhab hanafi) dan juga Makam Imam Ahmad Bin Hambal (pengasas mazhab hambali) merupakan salah satu masjid Sunni yang paling terkenal di Baghdad, Iraq. Shopping di Bazar Al-Khadimiah. Makan malam dan bermalam di Baghdad.
HARI 05 : BAGHDAD – KARBALA (SP/MT/MM) 14 FEB 2025 (JUMAAT)
Selepas sarapan pagi di hotel dan check out. Kita akan dibawa melawat Masjid Al Abbas dan tapak perkuburan Saidina Hussain Bin Ali, yang merupakan cucu Muhammad, berhampiran tempat beliau mati syahid semasa Pertempuran Karbala di 680 C.E. dan Kubur Saidina Abbas adik kepada Saidina Hussin berlainan ibu yang terbunuh ketika peperangan di Karbala. Shopping di Bazar Karbala. Makan malam dan bermalam di Karbala.
HARI 06 : KARBALA – KUFA – NAJAF (SP/MT/MM) 15 FEB 2025 (SABTU)
Sarapan pagi. Bertolak Kufa, ia merupakan bandar di Iraq. Bandar ini adalah ibu kota terakhir Khalifah Ar-Rasyidin yang keempat, Ali Ibn Abi Talib, dan ditubuhkan pada tahun 639 CE (17 Hijrah) oleh Khalifah A-Rasyidin kedua, Umar Ibn Al-Khattab. Ziarah rumah asal Saidina Ali yang pernah diduduki oleh Nabi Nuh as. Di dalamnya terdapat telaga Saidina Ali dan bilik anak-anaknya. Kita juga dibawa melawat Masjid Kufa tempat Saidina Ali ditikam oleh Abdul Rahman Bin Muljam. Di dalam masjid itu juga terdapat Kubur Muslim Bin Aqil, Hani Bin Urwah dan Sheikh Mukhtar Al – Saqafi. Kemudian, bergerak ke Najaf melawat Masjid dan Kubur Saidina Ali. Disitu terdapat 6 juta tanah perkuburan yang terbesar di dunia (Wadi As-salam) antaranya terdapat Makam Nabi Hud dan Nabi Saleh. Makan malam dan bermalam di Karbala.
HARI 07 : KARBALA – BABYLON – BASRAH (SP/MT/MM) 16 FEB 2025 (AHAD)
Sarapan pagi di hotel dan check out. Kita akan bertolak ke Basrah. Dalam perjalanan ke Basrah, kita melawat di Old City Babylon adalah kerajaan utama di Mesopotamia kuno dari abad ke-18 hingga ke-6 SM. Ibu kota yang memberi nama itu dibina di atas Sungai Eufrat dan dibahagikan kepada bahagian yang sama di sepanjang tebing kiri dan kanannya. Kita juga akan melawat ke Istana Saddam Hussin dan Amphitheatre. Tiba di Basrah, check in hotel, makan malam dan bermalam di Basrah.
HARI 08 : BASRAH FULL DAY TOUR (SP/MT/MM) 17 FEB 2025 (ISNIN)
Sarapan pagi di hotel. Kita menuju ke Shatt Al-Arab sungai di tenggara Iraq, dibentuk oleh pertemuan sungai Tigris dan Euphrates di bandar Al-Qurnah. Kemudian, melawat Bandar Lama Basrah. Selepas itu, kita akan ke ziarah Zubayr Ibn Al-Awwam – adalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan merupakan salah seorang "mubasyirin bil-jannah" (sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga) serta berkeupayaan untuk berperang dengan dua pedang dalam satu masa, walaupun ketika menunggang kuda.Talhah Ibn Ubaidillah – merupakan salah satu di antara para sahabat yang terawal masuk Islam dan juga merupakan salah seorang dari 10 sahabat yang telah dijamin oleh Rasulullah SAW bagi mereka memasuki syurga tanpa perlu dihisab. Kedudukannya terletak selepas Sayyidina Ali. Abu Sa'id al-Hasan Ibn Abi-l-Hasan Yasaral-Basri – ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim. Rabiah Al-Adawiyah Rabi'ah Basri – adalah seorang sufi wanita yang dikenal kerana kesucian dan kecintaannya terhadap Allah. Imam Anas Bin Malik Beliau merupakan sahabat Nabi yang paling lama hidup, meninggal dunia 93 tahun selepas Hijrah (kira-kira 711 Masihi). Muhammad Ibn Sirin – ialah seorang tabi'in yang lahir pada abad kelapan Masihi, dan merupakan sahabat kepada Anas Bin Malik. Beliau dianggap oleh sesetengah pihak sebagai pentafsir mimpi. Seterusnya, Basrah Mall dan makan malam. Bermalam di Basrah.
HARI 09 : BASRAH – SHARJAH AIRPORT – KUALA LUMPUR (SP) 18 FEB 2025 (SELASA)
Sarapan pagi di hotel dan check out pada jam 12:00 tengahari. Kita akan makan tengahari dahulu sebelum bertolak ke Sharjah Airport. Penerbangan ke Sharjah Airport pada jam 5:40 petang dan tiba pada jam 8:25 malam. Transit sebentar. Kemudian, penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9:45 malam.
HARI 10 : KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:40 pagi. 19 FEB 2025 (RABU)
IMPORTANT NOTES
Sila pastikan telah menerima sepenuhnya 2 suntikan Dos vaksin (sinovac/pfizer/astra zeneca) • Jadual penerbangan bergantung pada kekosongan Airline. • Sebarang naik taraf seat penerbangan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh penerbangan. • Perjalanan aturcara tertakluk kepada perubahan semasa. • Harga pakej adalah tertakluk kepada perubahan semasa. • Pihak TM Tours & Travel Sdn Bhd berhak untuk mengubah hotel penginapan dari hotel yang dinyatakan di dalam brosur atau surat pengesahan pakej diatas sebab-sebab tiada kekosongan atau masalah kerosakan bilik. • Sekiranya berlaku, pihak Tm Travel tidak memberi jaminan tetapi akan berusaha sebaik mungkin mendapatkan hotel penginapan ganti yang setaraf atau lebih baik. • Harga semua pakej didalam brosur ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. • Oleh kerana nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Tm boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. • Sebarang pembatalan atau menarik diri dari menyertai tour perlu dilakukan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan. Administration fees akan dikenakan untuk setiap pembatalan.