UMRAH
12H10M UMRAH RAHMAH
KLIA → MEDINAH → MEKAH → JEDDAH → KLIA
UMRAH RAHMAH
HARI 1 : KLIA / TRANSIT / MEDINAH
Berkumpul di KLIA bertarikh …………… Pada jam ………….. ( 4 jam sebelum berlepas- tertakluk pada perubahan ) untuk urusan check-in serta taklimat dari pihak TMTT. Berlepas dari KLIA pada jam ……………… dan tiba di MEDINAH AIRPORT pada jam ……………… waktu Saudi. Setelah selesai urusan imigresen, jemaah akan di sambut oleh WAKIL dan di bawa ke Medinah menaiki bas menuju ke hotel dan check-in serta berehat.
HARI 2 : MEDINAH
Sarapan pagi di hotel. Ziarah Makam Rasullullah S.A.W (Raudah). Untuk Wanita dan Lelaki waktu akan di maklumkan oleh Mutawif di Medinah.. ( PERANCANGAN MASUK KE RAUDAH)
HARI 3: MEDINAH
Sarapan pagi di hotel. Ziarah Luar Kota Medinah .Jemaah akan di bawa melawat ke tempat bersejarah di Kota Medinah seperti di Tanah Perkuburan Baqi, Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain serta Masjid Tujuh. Akhir sekali untuk pembelian buah kurma/tamar Jemaah kembali ke hotel. ( kena ada Wuduk )
HARI 4 : MEDINAH
Sarapan pagi di hotel. Program tambahan semua jemaah di bawa melawat sekeliling Masjid Nabawi dengan berjalan kaki SERTA Taklimat waktu keberangkatan ke Mekah ( Waktu berkumpul akan di maklumkan )
HARI 5 : MEDINAH -MEKAH
Sarapan pagi dan berkumpul di Lobi Hotel untuk Ziarah Wida meninggalkan Kota Medinah. Jemaah mengenakan Pakaian Ihram . Jemaah akan di bawa ke Bir Ali untuk pasang niat umrah dan di bimbing oleh Mutawif.Jemaah bergerak menuju ke Mekah Setibanya di Mekah, Jemaah akan di sambut oleh wakil TM Tours dan di bawa ke Mekah untuk urusan check-in, makan dan berehat seketika. Jemaah diminta memastikan diri dalam keadaan sihat dan tidak uzur semasa melakukan ibadah UMRAH PERTAMA di bmbing oleh Mutawif .
HARI 6 : MEKAH
Acara bebas.
HARI 7 : MEKAH
Ziarah Luar Kota Mekah . Jemaah ke tempat- bersejarah di Kota Mekah seperti di Jabal Thur, Padang Arafah, Mudzalifah serta Mina. Dan jemaah boleh BERMIQAT di Ja’aranah untuk UMRAH ke2 … Umrah sendiri-sendiri
HARI 8 : MEKAH
Acara bebas.
HARI 9 : MEKAH
Sarapan pagi dan bersiap sedia dengan persalinan IHRAM . Jemaah akan di bawa ke Masjid Hudaibiyah untuk BERMIQAT UMRAH UMRAH ke3 … Umrah sendiri-sendiri…
HARI 10 : MEKAH
Acara bebas.
HARI 11 : MEKAH - JEDDAH
Selepas SUBUH jemaah akan melakukan Tawaf Wada Tawaf selamat Tinggal. JAM …………….. Jemaah berkumpul di Lobi Hotel untuk meninggalkan Kota Mekah untuk keberangkatan ke Jeddah Airport ( VIA TRANSIT ) bagi Penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam ………………. waktu Saudi
HARI 12 : KETIBAAN DI KLIA
Jemaah di jangka tiba di KLIA pada jam ………………….