Warning: include(/home/farhanweb/public_html/public/js/common/gacode.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/shgwcom2/public_html/farhanweb/traveldez/product/umrah/package/detail.php on line 162

Warning: include(/home/farhanweb/public_html/public/js/common/gacode.php): failed to open stream: No such file or directory in /home/shgwcom2/public_html/farhanweb/traveldez/product/umrah/package/detail.php on line 162

Warning: include(): Failed opening '/home/farhanweb/public_html/public/js/common/gacode.php' for inclusion (include_path='.:/opt/cpanel/ea-php56/root/usr/share/pear') in /home/shgwcom2/public_html/farhanweb/traveldez/product/umrah/package/detail.php on line 162
UMRAH

12H10M UMRAH KUBRA

MADINAH - MAKKAH

    2026M - 1448H

HARI 1: KUALA LUMPUR - MADINAH

Jemaah dikehendaki berkumpul di KLIA 1 4 jam sebelum waktu pelepasan tertakluk kepada sebarang perubahan. Urusan daftar masuk serta taklimat akan dikendalikan oleh pihak FTT. Penerbangan berlepas dari KLIA mengikut jadual yang ditetapkan dan tiba di Madinah pada waktu tempatan Arab Saudi. Setelah selesai urusan imigresen, jemaah akan disambut oleh wakil FTT dan dibawa ke hotel penginapan di Madinah.

HARI 2: MADINAH

Ziarah sekitar Masjid Nabawi secara berjalan kaki. Antara lokasi yang akan dilawati ialah Saqifah Bani Saadah, Masjid Ghumamah, Masjid Abu Bakar dan Perkuburan Baqi'.

HARI 3: MADINAH

Ziarah makam Rasulullah SAW dan Raudhah. Waktu kemasukan Raudhah bagi jemaah lelaki dan wanita akan dimaklumkan oleh mutawwif melalui aplikasi Tashrih/Nusuk.

HARI 4: MADINAH

Ziarah luar Kota Madinah meliputi Perkuburan Baqi' (laluan dan doa sahaja), Jabal Uhud, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma. Selepas solat asar, jemaah akan berkumpul di lobi hotel sebelum dibawa menikmati makan malam di Ladang Kurma Reed. Jemaah juga akan menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah serta mengikuti slot tazkirah bersama pembimbing. Sila bawa spray wuduk dan sejadah.

HARI 5: MADINAH

Acara bebas. Aktiviti tambahan pada waktu malam disediakan dengan bayaran tambahan bagi jemaah yang berminat menikmati pemandangan indah seluruh Kota Madinah dari puncak Jabal Uhud. Tempahan boleh dibuat melalui pihak pengurusan dengan harga bermula dari SR85 seorang (minimum 7 peserta).

HARI 6: MADINAH - MEKAH

Jemaah akan melaksanakan ziarah wada’ bersama mutawwif atau ketua kumpulan sebelum bertolak ke Makkah. Dalam perjalanan, jemaah akan singgah di Bir Ali untuk berniat ihram umrah. Setibanya di Makkah, jemaah akan daftar masuk ke hotel penginapan. Umrah pertama akan dibimbing sepenuhnya oleh mutawwif.

HARI 7: MEKAH

Acara bebas untuk para jemaah.

HARI 8: MEKAH

Ziarah luar Kota Mekah meliputi Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah dan Mina. Jemaah juga berpeluang berniat ihram di Ja’ranah untuk menunaikan Umrah Kedua dengan bimbingan mutawwif atau ketua kumpulan. Selepas Solat Asar, jemaah akan berkumpul di lobi hotel untuk makan malam di Muzdalifah. Solat Maghrib dan Isyak akan dilaksanakan secara berjemaah di sana, diikuti slot tazkirah bersama pembimbing. Sila bawa spray wuduk dan sejadah.

HARI 9: MEKAH

Acara bebas. Aktiviti tambahan “Ekspedisi Mendaki Gua Hira’” turut disediakan pada waktu malam dengan bayaran tambahan. Aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu malam kerana cuaca lebih sejuk. Jemaah juga berpeluang menunaikan Solat Subuh secara berjemaah di kawasan Gua Hira’. Tempahan boleh dibuat melalui pihak pengurusan dengan harga bermula dari SR50 seorang.

HARI 10: MEKAH

Jemaah akan dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram bagi Umrah Ketiga. Sebelum ke Masjid Hudaibiyah, jemaah akan dibawa melawat Muzium Al Mouhdi yang menyimpan pelbagai khazanah lama serta singgah di Wadi Berkat untuk persiapan dan pertukaran pakaian ihram sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Hudaibiyah. Ibadah umrah akan dilakukan secara persendirian oleh jemaah.

HARI 11: MEKAH - JEDDAH

Jemaah akan melaksanakan Tawaf Wada’ sebelum berangkat pulang. Tawaf hendaklah dilakukan pada waktu yang bersesuaian dan jemaah diwajibkan memakai pakaian ihram ketika melaksanakan Tawaf Wada’ di Masjidil Haram. Selepas selesai Tawaf Wada’, jemaah akan berkumpul di lobi hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

HARI 12: KLIA

Jemaah tiba di Malaysia.

NOTA MUSTAHAK

Tertakluk kepada perubahan jadual yang akan dimaklumkan kemudian jika ada.

  Penginapaan

Mekah: Mira Ajyad Hotel atau setaraf (+-300 meter)
Madinah: Kayan / Artal International atau setaraf (+-200 meter)

  Tarikh Berlepas

01-01-1970 (Thu)

  Tambang Pakej

NEW YEAR SALE 2026    JIMAT RM 100
BILIK BERLIMA

N/A

BILIK BEREMPAT

RM 8,290

RM 8,390

BILIK BERTIGA

RM 8,990

RM 9,090

BILIK BERDUA

RM 9,990

RM 10,090

we are accredited by

  Jom Sembang!